BANDAR BAHARU, 24 OKTOBER 2019 – Baru-baru ini, pembekal yang menghantar bekalan makanan (FOOD BANK) Lembaga Zakat Negeri Kedah LZNK telah pun tiba di pusat-pusat bekalan makanan di sekitar daerah Bandar Baharu.

Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa berkata projek FOOD BANK ini adalah salah satu bentuk agihan bantuan kepada penduduk islam di negeri kedah khususnya di daerah Bandar Baharu yang mengalami terputus bekalan makanan.

Mengulas mengenai sejauh mana keberkesanan projek FOOD BANK ini, Haji Md Sharif yakin projek ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu penduduk negeri kedah yang mengalami masalah terputus bekalan makanan, tambahan pula lokasi pusat bekalan makanan ini adalah di masjid-masjid seluruh negeri kedah.

Selain itu,  LZNK juga adalah institusi zakat pertama di Malaysia yang menjadi perintis  kepada projek ini. Barang makanan yang dibekalkan adalah barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak, dan lain-lain lagi.

Tambahnya lagi, hasil dari inovasi yang dilakukan dalam sistem kutipan dan agihan, pihak Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR) telah mengiktiraf Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan memberi Anugerah Zakat Kebangsaan 2019 kategori Asnaf Usahawan (khas) dan ini adalah petunjuk baik kepada hasil usaha keras dan sumbangan idea semua kakitangan LZNK.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”