BALING, 25 NOVEMBER 2018 – Haliah Said, merupakan penerima bantuan jaya diri daripada LZNK, baru-baru ini beliau telah menerima kunjungan  semula melalui Pejabat Zakat Daerah Langkawi, di kediamannya, Kampung Perana, Langkawi Kedah.

Sebelum ini beliau telah menerima bantuan jayadiri daripada LZNK berupa periuk nasi butterfly. Menurut Haliah, dengan bantuan yang diterimanya itu, kini pendapatannya semakin bertambah dan masa beliau untuk menyediakan masakan kini sangat menjimatkan masa serta mudah.

Jika sebelum ini, Haliah terpaksa memasak nasi berulang kali menggunakan periuk nasi biasa dan tidak dapat menerima tempahan yang banyak.

Dalam masa yang sama, Haliah turut menlahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pembayar-pembayar zakat dan beliau berharap agar suatu hari nanti beliau akan menjadi salah seorang daripada pembayar zakat di LZNK dengan harapan secara tidak langsung beliau dapat membantu asnaf-asnaf lain sepertinya dahulu.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf