ALOR SETAR, 20 MAC 2023 :- Kadar Zakat Fitrah ditetapkan pada empat kadar berbanding hanya tiga kadar pada tahun lalu berdasarkan harga beras yang dimakan oleh kebanyakkan penduduk Islam di negeri itu.

Datuk Norizan Khazali selaku Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berkata, pihaknya dengan perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah menetapkan zakat fitrah pada kadar RM6.50, RM7, RM14, dan RM21.

Penetapan kadar itu adalah berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan penduduk Islam di Kedah iaitu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad yang bersamaan 2.6 kilogram(kg) beras, katanya lagi.

Tambahannya, beberapa faktor lain turut diambil kira termasuk kedudukan geografi sawah padi, jenis tanaman padi, dan kekerapan pengambilan padi dalam masa satu tahun dimana ada daerah yang usahakan tanaman padi setahun sekali dan dua kali setahun . Beras di Sik misalnya berbeza dengan beras di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Berikutan itu, tahun ini ada kadar baharu diperkenalkan iaitu RM6.50 untuk umat Islam yang menjadikan beras jenis super spesial tempatan (10 peratus hancur) atau setarafnya sebagai makanan harian. Kadang-kadang ada orang yang tak mampu,  jadi dia bayar sekadar kemampuan dia,” katanya lagi.

Beliau berkata, kadar zakat fitrah RM7 ditetapkan untuk umat Islam di Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super spesial tempatan 5 peratus hancur dan setaraf dengannya.

Turut hadir , Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman bagi Pelancaran Zakat Fitrah Online dan Program Sedekah Foodbank yang telah berlangsung di Menara Zakat, Alor Setar Kedah.

“Seterusnya, kadar RM14 pula ditetapkan kepada mereka yang makan beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya”.

“Akhirnya, RM21 untuk yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis basmathi, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya,” jelasnya lagi.

Kita menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM12.4 juta pada tahun ini berbanding RM11.7 juta pada tahun lalu. Disamping itu, LZNK juga menyediakan 27 saluran pembayaran secara atas talian melalui portal dan aplikasi Portal Jom Zakat, Zakat On Touch dan MyAmil. Kiosk layan diri turut disediakan selain 13 platform perbankan internet serta lain-lain aplikasi perkhidmatan. Malah, LZNK juga turut menggalakkan orang ramai bersedekah di seluruh kaunter sedia ada selain kepada amil-amil yang dialntik dengan kupon RM5 dan RM50 yang disediakan.

Disunting Oleh : Divisyen Media dan Digital


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”