YAN, 18 MAC 2019 – Susulan kes 2 beradik mangsa, Nurul Hanim Idris, 5 tahun dan Muhamad Hafiz Idris, 1 tahun yang dikelar dan dibunuh dengan kejam pada Januari 2019 lalu.

Lembaga Zakat Negeri Kedah sekali lagi tampil bagi menyantuni dan menziarahi keadaan keluarga mangsa yang masih dalam keadaan trauma berikutan kejadian tersebut.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman bersama Pegawai Daerah Yan, Haji Mohd Yusri Hj Md Daud telah menyerahkan Rumah Bantuan Zakat Kedah kepada Idris Saad, di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan seperti yang dijanjikan oleh pihak zakat sebelum ini.

Menurut Syeikh Zakaria,beliau amat memahami perasaan seorang ibu dan bapa yang masih trauma dengan kejadian berkenaan dan mengambil peluang ini bagi membantu mereka dengan menyalurkan bantuan rumah zakat dengan kos RM 43,000.00.

Tambahnya, LZNK amat berharap dengan bantuan yang disalurkan ini, keluarga mangsa dapat berasa lega dan terus tabah dalam menghadapi ujian besar ini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”