POKOK SENA, 16 MAC 2021 : Md Soffi Tajudin, 42, yang bekerja sebagai penoreh getah hari ini menarik nafas lega selepas permohonan beliau untuk memohon bantuan baikpulih rumah diluluskan oleh Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena awal tahun ini.

Beliau yang Menanggung 3 orang anak yang mana 2 daripadanya masih kecil terpaksa menggunakan bilik air yg tiada bumbung serta dapur yang terbuka akibat runtuhan pokok durian.

“saya bersyukur apabila Pegawai Zakat Pokok sena, Ahmad Hambali Mohd Puat hadir sendiri untuk melihat dan meninjau keadaan rumah saya yang telah runtuh sebahagian akibat ditimpa pokok durian”.

Hari ini menjadi detik manis buat beliau sekeluarga selepas satu majlis ringkas penyerahan bantuan baikpulih rumah diadakan.

Pegawai Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena, Ahmad Hambali Mohd Puat berkata pihaknya memandang serius isu kemiskinan dan memohon agar semua pihak saling berganding bahu dalam melaporkan mana-mana individu yang susah kepada penolong Amil Zakat.

Turut hadir, Pegawai FAMA Pokok Sena/Kuala Nerang, Siti Hajar bagi melihat sendiri bantuan LZNK selain menyalurkan bantuan Program FAMA dan Ustaz Asri Hussin, Penolong Amil Masjid Bukit Tampoi.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”