ALOR SETAR, 06 SEPTEMBER 2022 – Baru ini telah termeterainya, Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NOU) bagi pembangunan Civil Defence Auxilliary Action System (CDAS) antara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan APM di Menara Zakat, pada Selasa.

(NOU) tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahan Awam Malaysia, Aminurrahim Mohamed dan Penolong Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Dr. Norhafifi dan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA), Dr. Mohd Faisal Mustafa.

Pada Selasa, MetMalaysia mengeluarkan kenyataan hampir kesemua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak bakal berdepan dengan cuaca tidak menentu apabila taburan hujan yang lebih kerap diramalkan bakal berlanjutan sehingga Februari 2023.

Tambah beliau, kejadian bencana melanda kawasan tertentu pada akhir tahun lepas memberi pengajaran kepada APM untuk lebih berhati-hati hadapi banjir.

“Ketika itu, apabila kita gerakkan jentera ke sana, namun berlaku di sini. Namun, kita dah cuba respons apa yang berlaku pada hujung tahun lepas dan kita akan cuba sebaik mungkin (tahun ini),” katanya.

Aminurrahim memaklumkan, seramai 30,000 anggota APM di seluruh negara sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan untuk menghadapi bencana.

“Dalam tempoh 24 jam, kita boleh gerakkan sekurang-kurangnya 4,000 anggota APM tetapi sebenarnya secara keseluruhan dalam tempoh lebih daripada 24 jam, kita boleh gerakkan hampir 30,000 anggota APM,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, APM dapat mengatur gerak jentera untuk bencana dengan lebih sistematik dan tersusun apabila sistem CDAS siap dibangunkan nanti.

“Insya-ALLAH dengan sistem yang baharu kita ada nanti, ia akan ada maklumat, (sebagai contohnya) ada pandai masak maka kita akan cari (untuk melakukan kerja memasak).

“Kita memang ada banyak anggota ataupun sukarelawan tetapi jikalau kita hantar yang tidak tepat ataupun tidak sesuai, (maka) tidak berapa (membantu),” katanya.

Aminurrahim berkata, APM juga telah menggerakkan latihan sebagai langkah untuk memastikan anggota sentiasa bersedia berdepan sebarang risiko bencana.

Beliau turut mengingatkan orang awam supaya segera berpindah ke tempat tinggi sekiranya kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Sebelum itu, APM dan LZNK menjalinkan kerjasama dalam membangunkan sistem CDAS untuk membantu dalam pengurusan bantuan bencana dan menguruskan pasukan bantuan.

Aminurrahim berkata, sistem CDAS itu akan diubah suai sedikit mengikut keperluan APM dan dijangka mengambil masa selama setahun itu disiapkan.

Sementara itu, Zakaria memberitahu, LZNK membangunkan sendiri sistem berkenaan menggunakan kepakaran dalam dimiliki kakitangan lembaga zakat tersebut.

Katanya, sistem ini akan membantu APM memantau status dan mengenal pasti tempat ataupun kawasan yang mengalami bencana serta memerlukan bantuan.

“Sebagai contohnya di Kampung Iboi, orang awam boleh tahu situasi semasa. Semua orang teringin hendak pergi tetapi boleh pergi atau tidak (boleh dirujuk pada sistem CDAS),” katanya.

Zakaria berkata, sistem berkenaan juga boleh memberi maklumat kepada orang awam yang ingin menyumbang tentang keperluan bersesuaian mangsa bencana.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”