KULIM, 21 JANUARI 2020 – Sebuah kediaman di Karangan, Kulim hangus dijilat api yang berlaku baru-baru ini berikutan akibat disambar petir.

Kediaman dua tingkat yang didiami oleh keluarga Mohd Lazin Darus, 68 tahun, telah hangus sekelip mata dalam kebakaran tersebut yang memusnahkan hampir keseluruhan bahagian utama kediaman mereka.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian walaupun hampir keseluruhan barangan di dalam rumah berkenaan musnah dalam kebakaran tersebut, tetapi senaskah Al-Quran yang berada di hadapan meja ruang tamu rumah mereka sedikitpun tidak lenyap dan hangus dijilat api, sedangkan papan rehal dibawahnya rentung berikutan api yang marak.


Senaskah Al-Quran yang kelihatan amsih elok dan tidak hangus dalam kejadian kebakaran tersebut

Susulan kejadian yang menimpa keluarga tersebut, Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak,  berkesempatan turun menyantuni keluarga ini di kediaman mereka petang kemarin untuk melihat dan menilai kerosakan yang dialami mereka.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Kulim, Kebakaran tersebut berpunca daripada lintar pintas berikutan petir yang menyambar peti bekalan elektrik di kediaman mereka.

Dalam pada itu, sebuah kit bantuan makanan turut disalurkan sebagai tanda simpati keatas ujian yang menimpa mereka sekeluarga.

“Insya-ALLAH pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan membantu bagi menyalurkan bantuan susulan kepada keluarga Mohd Lazin bagi membantu mereka sekeluarga mengurangkan beban dan kos kerugian berikutan kebakaran tersebut”


Mohd Lazin (kiri) menunjukkan keadaan rumahnya yang terbakar hampir keseluruhannya kepada Pegawai Zakat Daerah Kulim, Khairi Ishak (kanan)

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”