KULIM, 25 FEBRUARI 2020 :- – Sebuah kediaman di Kampung Padang Kulim, Kelang Lama telah musnah dalam sebuah kebakaran pada 9 Jun 2019 yang lalu akibat lintar pintas.

Namun begitu, nasib keluarga ini telah mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi penyaluran bantuan kepada keluarga tersebut.

Terbaru, telah mecatatkan sebuah kenangan manis buat keluarga tersebut apabila bantuan berupa sebuah rumah telah siap dibina sepenuhnya hasil wang zakat para pembayar di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Projek pembinaan rumah asnaf ini mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Kediaman bersaiz 20 x 32 kaki itu dilengkapi 3 bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, dapur serta kemudahan air dan elektrik dengan menelan kos RM 43,000.00.

Terdahulu, Majlis penyerahan kunci rumah tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Kulim, Dato’ Abdul Ghafar Yahya, dengan disaksikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak, Penghulu Mukim Sungai Ular, Penolong Amil Kariah Kelang Lama, AJK Masjid Kelang Lama serta kakitangan Pejabat Zakat Daerah Kulim.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”