SIK, 10 APRIL 2019 – Tugas dan Jawatan sebagai penolong amil bukanlah satu jawatan yang mudah untuk dipikul, Malahan tugas mereka perlu digalas dengan penuh tanggungjawab dan beban dibahu kerana tugas penolong amil melebihi daripada segala aspek.

Dari sesi temuduga kecil asnaf, pemeriksaan dokumen, menghantar borang ke pejabat zakat sehingga pemantauan penerima bantuan selepas menerima wang zakat. Malahan, ada penolong amil menganjurkan majlis kerohanian bersama asnaf agar jiwa juga tidak miskin.

Menurut wakil PZD Sik, “Kita seringkali mendengar perkhabaran cakap-cakap kedai kopi, bahawa penolong amil yang dilantik pilih bulu dan sebagainya walhal kelayakan asnaf adalah berpandukan sistem had kifayah Lemabaga Zakat Negeri Kedah”.

“Cakap-cakap ini selalunya datang dari pemohon bantuan zakat yang tidak layak. Cuba sekiranya keadaan sebaliknya, pasti kata-kata ini berubah” katanya.

Tambahnya lagi,  tugas penolong amil juga dilantik dari individu yang mendapat sokongan mesyuarat jawatankuasa masjid samada terdiri dari imam, pegawai masjid atau jawatankuasa masjid.

Terdahulu, penolong amil qariah Kampung Namek, Sik Dalam dan Lubuk Tualang menguruskan bancian semula penerima bantuan bulanan sedia ada dengan pantauan kakitangan PZD Sik.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”