SIK, 29 FEBRUARI 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) antara agensi yang berperanan dalam usaha merubah nasib golongan asnaf menjadi individu berjaya dalam membantu mereka untuk keluar daripada keponpong kemiskinan.

Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam berkata asnaf miskin yang berpotensi dalam perniagaan, akan dibantu melalui Bantuan Jaya Diri dan tertakluk pada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui semasa sesi penyerahan mesin compressor dan mesin jek kereta kepada Mohd Rizal di Kampung Paya Terendam, Telaga Batu.

Mohd Rizal, 38 tahun merupakan salah seorang asnaf miskin yang menerima bantuan alatan mesin bagi perniagaan perkhidmatan servis kenderaan di rumah beliau secara kecil-kecilan.

“Saya memulakan perniagaan servis kenderaan secara kecil-kecilan di rumah saya. Bermula dari tiada perkakas. Kehidupan saya sangat susah pada masa tersebut”

“Namun berkat doa dan usaha kami sekeluarga, pihak zakat dan penolong amil, ustaz Nazeri telah membantu memberikan bantuan mesin compressor dan jek agar servis kami di mata pelanggan lebih memuaskan dan boleh menarik lebih ramai pelanggan dalam kampung ini”

Dalam pada itu, Ustaz Khairul Nizam berkata, Kepada orang ramai yang ingin mencuba perkhidmatan servis kenderaan boleh berbuat demikian dengan ke rumah Rizal yang terletak di kampung paya terendam.

Tambahnya lagi, Perkhidmatan yang diberikan oleh Rizal pastu dijamin berkualiti, murah dan memuaskan hati disamping menyokong usahawan asnaf islam.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf