BANDAR BAHARU, 25 OKTOBER 2018 – Hari Kokurikulum atau lebih dikenali hari kantin yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Kechil Ulu Bandar Baharu Kedah turut diserikan lagi dengan kehadiran kakitangan Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu bagi tujuan membuka kaunter khidmat pelanggan dan pameran berkaitan zakat.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu telah dihadiri ramai pengunjung termasuk para waris, guru-guru dan para pelajar dari sekolah yang berdekatan serta penduduk setempat.

Dalam program tersebut pelbagai gerai-gerai jualan menjadi tumpuan orang ramai, malahan turut mendapat perhatian pengunjung apabila terdapat juga kaunter dan pameran daripada zakat Kedah.

Selaian memberi penerangan berkenaan zakat kepada orang ramai, Zakat Kedah juga turut mengadakan kuiz zakat dan cabutan bertuah kepada para pengunjung, Dalam pada itu para guru dan pelajar tidak melepaskan peluang untuk menyertai kuiz zakat tersebut. Secara tidak langsung dengan cara ini ia dapat mendidik mereka untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf