KULIM, 07 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui pegawainya, Ustaz Mohd Khairi Ishak berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah di sekitar daerah Kulim pada baru-baru ini.

Beliau bersama penolong amil kariah terlibat telah membuat pemantauan terhadap pemohon bantuan baikpulih rumah dan pembinaan rumah oleh setiap individu yang telah mengemukakan permohonan mereka melalui pejabat zakat daerah.

Menurut Ustaz Khairi, “bantuan baikpulih dan pembinaan rumah memerlukan siasatan yang rapi serta penyediaan dokumen yang lengkap. Kadangkala, permohonan yang dibuat tidak dapat diproses akibat terdapat masalah keatas status tanah pemohon bantuan”

“Malah pihak Pejabat Zakat pernah menerima aduan daripada masyarakat awam apabila ada diantara pemohon bantuan tidak tinggal didalam rumah tersebut dan disewakan kepada orang lain” katanya.

Tambahnya lagi,  Pejabat Zakat Daerah Kulim perlu melakukan tapisan demi tapisan kepada setiap permohonan bantuan dibawah skim ini agar bantuan yang diterima mampu memberikan impak positif kepada keluarga penerima dan masyarakat untuk terus memberikan kepercayaan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam menguruskan wang zakat yang telah diamanahkan.

Selain itu, beliau turut menggalakkan masyarakat di sekitar daerah Kulim khususnya untuk menyalurkan maklumat berkenaan asnaf kepada pihak PZD Daerah Kulim supaya bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan kepada mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf