KULIM, 26 JULAI 2018 – “Mengharapkan cahaya datang bersinar”, Begitulah ungkapan yang boleh mengambarkan nasib Norlia Salam, 46 tahun yang menderita akibat penyakit tiroid dan buah pinggang sejak sebelas tahun lalu.

Namun begitu, penderitaan yang ditanggung beliau telah mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Kulim, melalui pegawainya Ustaz Khairi Ishak yang berkesempatan menziarahi keadaan Che Norlia apabila kisah penderitaannya disampaikan melalui penolong amil kariah Padang Serai.

Dalam pada itu, Ustaz Khairi berkata, semasa pihak PZD Kulim tiba di rumah beliau di Taman Ria, Padang Serai, suaminya yang berada di rumah sedang menguruskan keperluan beliau di mana terdapat sebuah katil besi biasa bersama tilam diletakkan di bahagian ruang tamu rumah bagi memudahkan beliau mengurus keperluan isterinya.

Menurut suaminya, isteri beliau merupakan seorang pesakit tiroid sejak sebelas tahun yang lalu dan juga menghidap penyakit buah pinggang menyebabkan beliau terpaksa menguruskan keperluan keluarga seorang diri. Tambahnya, kos rawatan isterinya terlalu tinggi dan beliau tidak mampu menampung keseluruhan kos buat masa sekarang.

Berikutan atas masalah yang ditanggung oleh Che Norlia sekeluarga, Ustaz Khairi telah menyampaikan sebuah kit bantuan makanan asas kepada keluarga tersebut dan akan berusaha menyalurkan bantuan susulan dalam masa terdekat bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”