KUALA MUDA, 03 FEBRUARI 2019 –  Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Muallaf LZNK dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kuala Muda telah berjaya menjalankan Program Santuni Muallaf sekitar Daerah Kuala Muda.

Sebanyak 9 buah keluarga telah dipilih daripada mereka yang dikategorikan sebagai miskin disamping mereka yang memeluk agama Islam.

Menurut Ridzuan Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Agihan dan Pembangunan Asnaf, muallaf merupakan salah satu daripada asnaf yang disebut oleh Allah Taala di dalam Al-Quran yang layak untuk menerima zakat.

Tambahan pula, kebanyakan asnaf yang dilawati terdiri daripada keluarga yang miskin dan wajar dibantu.

Dalam pada itu, pihak PERKIM juga turut tampil menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang dilawati disamping sumbangan kit makanan asas dan wang tunai dari pihak LZNK.

Selain itu pihak LZNK mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembayar zakat dan ingin menegaskan bahawa zakat yang dibayar akan diagihkan kepada mereka yang selayaknya.

Masyarakat juga terbuka untuk menyampaikan aduan berhubung kesusahan yang dialami oleh keluarga masyarakat.

Asnaf juga boleh melakukan permohonan zakat kepada Penolong Amil yang dilantik dalam setiap qaryah.

Makluman berkaitan asnaf dan penolong amil yang dilantik boleh dirujuk di papan kenyataan khas LZNK yang dipasang di setiap masjid.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf