SIK, 11 NOVEMBER 2018 – Usaha Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan berhasrat untuk memperluaskan inisiatif pusat bekalan makanan ke seluruh negeri Kedah menjelang 2019 dengan anggaran peruntukan RM11 juta amat memberikan satu inisiatif dan manfaat terbaik kepada asnaf fakir miskin khususnya.

Hal ini kerana, pusat penempatan bekalan makanan itu diwujudkan bagi membantu penduduk yang miskin di seluruh negeri Kedah dengan disalurkan barangan makanan keperluan asas.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam, bagi mereka yang ingin memohon bantuan itu perlu berjumpa dengan imam masjid supaya menerima kupon bagi mengambil set bantuan makanan. Setiap bulan pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah akan memperuntukkan sebanyak 30 set makanan bagi setiap masjid di daerah.

Menurut Khairul, sumbangan bantuan makanan itu diperuntukkan kepada mereka  yang terputus bekalan makanan terutamanya semasa tidak dapat menoreh getah pada musim hujan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf