KUALA MUDA, 02 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan LZNK berkesempatan menyantuni dan membuat penilaian ke atas permohon zakat, Zuraini Dahari di Kampung Sungkup, Bukit Selambau.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak seramai 4 orang disamping ibu dan bapa yang tinggal bersama.

Mereka sekeluarga tinggal menetap di sebuah kediaman dhaif yang dibina di atas tanah bapa saudaranya. Kediaman yang hanya mempunyai dua buah bilik dilihat agak sempit bagi isi rumah seramai 7 orang.

Tambahan pula, keadaan rumah dilihat tidak selesa ekoran keadaan bumbung rumah yang sudah uzur dan bocor.

Zuraini hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan sekitar RM30 sehari manakala ibunya hanya menoreh getah. Pendapatan yang tidak seberapa itu terpaksa diguna sebaik mungkin oleh Zuraini bagi menyara empat orang anak dimana 3 darinya masih bersekolah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf