BALING, 30 MEI 2019 – Kediaman Habsah Senawi, 60 tahun yang tinggal di Kampung Kuala Lesong Baling mengalami kerosakkan yang teruk apabila sebatang pokok kabu tumbang lalu menghempap bumbung rumahnya baru-baru ini.

Menceritakan detik-detik cemas yang dialami beliau, Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang itu bermula dengan cuaca mendung disusuli dengan angin kuat sekaligus dengan tiba-tiba bumbung rumah beliau ditimpa pokok kabu.

Namun begitu, maklumat tentang musibah yang menimpa keluarga habsah disampaikan oleh Penolong Amil Kariah Kuala Darak, Ustaz Yusof Ismail kepada pihak pejabat zakat daerah baling.

Pihak pejabat zakat daerah baling, melalui penolong pegawainya ,ustaz Mansor Musa hadir bersama penolong amil kariah bagi menyalurkan bantuan kit makanan segera dan menyerahkan borang untuk bantuan susulan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”