ALOR SETAR, 06 OGOS 2020 : Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersedia menambah bilangan bantuan makanan di setiap kawasan terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman. - Foto NSTP/Amran Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman. – Foto NSTP/Amran Hamid

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman, berkata makanan terbabit akan diedarkan menerusi masjid kariah masing-masing dalam masa terdekat.

“LZNK sudah menghubungi penolong amil di kariah terjejas. Kita sedang memantau dan menunggu maklum balas untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak kami juga yakin usaha ini dapat membantu kerajaan meringankan bebanan penduduk terjejas selepas wujudnya kluster Sivagangga di empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat mukim, iaitu Mukim Hosba, Mukim Ah, Mukim Binjal (Padang Terap) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) susulan penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, LZNK sudah memperuntukkan hampir RM17 juta kepada penduduk terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam NSTP melaporkan penduduk sekitar Napoh terutama berpendapatan rendah, berharap kerajaan menyalurkan bantuan makanan kerana mereka tidak dapat bekerja selepas kerajaan melaksanakan TEMCO.

Tinjauan mendapati, rata-rata bekerja sebagai penoreh dan petani terpaksa akur dengan arahan terbabit dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah selepas dipakaikan gelang merah jambu.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”