KOTA SETAR, 30 JULAI 2018 – Inisiatif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam mewujud dan menubuhkan skuad sukarelawan zakat dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia khususnya di Negeri Kedah bagi membantu mereka yang ditimpa bencana amat dipandang mulia.

Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf, Kapten (B) Abdul Nasir Hasan, berkata skuad itu hasil inisiatif Zakat Kedah yang amat peka terhadap kebajikan komuniti setempat.

Beliau berkata, skuad perintis itu dianggotai oleh pihak Zakat Kedah sendiri dengan kerjasama kedua-dua pihak tersebut yang aktif turun padang bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Dalam kunjungan tersebut Kapten (B) Nasir bersama kakitangan beliau Omar Jamadudin, berkesempatan bertemu Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Kedah merangkap Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Dato’ Nasir Mokhtar, dan Penolong Pengarah Latihan Negeri Kedah, Abu Bakar Othman.

Manakala di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia pula, Kapten (B) Nasir bertemu dengan Penolong Pegawai Pertahanan Awam, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah,  serta Penolong Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad.

Mengulas lanjut mengenai perjumpaan tersebut, Kapten (B) Nasir berkata, antara tujuan sebenar perjumpaan ini dilakukan adalah untuk mewujudkan satu kumpulan atau skuad sukarelawan zakat dengan kerjasama kedua-dua pihak tersebut bagi tujuan untuk memberikan bantuan apabila berlakunya bencana alam khususnya di negeri Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”