10 Ogos 2017 – Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) cawangan Alor Setar hari ini menerima bantuan sekaligus bernilai RM3,000 daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebagai membantu meringankan kos operasi serta pentadbiran persatuan terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Haji Zakaria Othman berkata, bantuan tersebut sekurang-kurangnya mampu meringankan beban NASOM terutamnta daripada kos pentadbiran.

Zakat Kedah perihatin mengenai isu ini dan kita (LZNK) akan terus memantau sekiranya keperluan lain diperlukan dalam urusan pentadbiran dan operasi mereka.

NASOM merupakan organisasi perintis perkhidmatan intervensi, pemulihan dan penjagaan kanak-kanak remaja Autisme (OKU) sejak tahun 1997 di ALor Setar.

Terdahulu, Pengurus Perhubungan Awam LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat menyerahkan cek bantuan bernilai RM3,000 kepada Ahli Jawatankuasa NASOM Alor Setar, Mohd Kamal.