5 Ogos 2017- Mohd Radzi Sulong, 48, yang tinggal bersama 8 orang anak serta 2 orang cucunya di Kg. Sungai Pasir Luar, Karangan, hari ini menemui sinar bahagia apabila Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini menyerahkan rumah bantuan zakat di bawah skim Bina Rumah Individu kepada mereka.

Perasmian itu dilakukan oleh pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah yang juga merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Y.B. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Haji Zakaria Bin Othman.

Beliau yang ditemui berkata, penyerahan rumah bantuan ini yang bernilai RM43,000.00 dilakukan setelah mengambil kira tanggungan mereka (Radzi) dan isi rumah memandangkan Radzi hanya bekerja kampung.

Bagi daerah Kulim sahaja, Zakat Kedah telah membina sebanyak 4 buah rumah dan baik-pulih 7 buah rumah dengan kos sebanyak RM320,000.00”.

Tambah beliau lagi, sebanyak 53 buah rumah telah dibina dengan hampir 90 % siap sepenuhnya manakala 93 buah lagi dibaiki bagi seluruh negeri Kedah dengan kos sebanyak RM4.3 juta bagi fasa pertama ini.

Fasa 1 ini telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan kita (LZNK) akan meneruskan untuk fasa ke-2 selepas ini, insha-Allah”.