2 Oktober 2017 – Taman Solar Pertanian terbesar di Wilayah Utara yang terletak di Kuala Perlis hari ini dikunjungi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi, Ridzuan bin Ahmad yang mengetuai rombongan itu hadir bersama-sama Ketua Jabatan Agihan LZNK, Hamidi Mohd Noor, Pengurus Perhubungan Awam LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat serta Jamaly Juwardy Jaafar daripada Jabatan Agihan.

Ditanya mengenai lawatan ini, Ridzuan mengulas lawatan ini merupakan titik permulaan kepada pembangunan pertanian yang akan diusahakan oleh LZNK pada masa hadapan.

Kita akan mengusahakan tanaman seperti Rock Melon untuk disesuaikan dengan keadaan struktur tanah yang kita (LZNK) ada.

Cypark Resources Berhad yang mengusahakan tanaman Rock Melon serta beberapa tanaman lain di bawah penempatan solar dilihat mampu menjana ekonomi yang lebih tinggi.

Kita akan melihat perkembangan buah ini daripada semasa ke semasa untuk melihat kesesuaian yang lebih jitu. Insha Allah, kita akan mengusulkan pertaniaan ini untuk diusahakan di negeri Kedah ini pada masa hadapan demi membuka peluang pekerjaan sekaligus membantu anak-anak asnaf di negeri Kedah ini.

Antara tanaman yang ditanam.

 Ketua Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf LZNK, Hamidi Mohd Noor bergambar bersama buah Rock Melon.