23 Oktober 2017 – Kejohanan Badminton Pusat Zakat Negeri-Negeri yang diadakan di Kompleks Sukan Setiawangsa bermula 21-22 Oktober lalu telah berlangsung dengan jayanya.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai kejohanan tersebut dengan menghantar pasangan yang tidak asing lagi untuk kejohanan ini.

Abdul Razak bin Sheriff bersama Abdul Jamil bin Abdullah merupakan beregu bagi kategori veteran manakala Mohd Faiz bin Osman, Syed Muhammad bin Syed Noah, Muhamad Nur Salam bin Saleh, Mohd Fahmi bin Salleh Hilmi, Haji Sofiyuddin bin Ismail, Mohd Nasri bin Ab Ghani, Shukri bin Ahmad@Che Mat, Amir bin Mohamad dan Hishamuddin bin Abdul Hamid merupakan pasangan beregu mewakili LZNK.

Cabutan undi berpasukan yang menentukan pihak lawan telah dilakukan oleh pengurus pasukan badminton LZNK, Kamal bin Ahmad pada 20 Oktober 2017.

Pasukan badminton LZNK tersenarai didalam kumpulan C bersama-sama UiTM Melaka  dan pasukan jemputan, Dhompet Dhuafa yang mewakili negara Indonesia.

Pada sesi peringkat kumpulan, LZNK telah berjaya menewaskan pasukan UiTM Melaka  dengan mata 3-2 namun tumpas di tangan Dhompet Dhuafa, 3-0.

Pun begitu, LZNK telah layak ke suku air apabila berdepan dengan negeri Johor Pbagi melayakkan diri ke separuh akhir.

Johor terpaksa akur dengan kekalahan ditangan LZNK apabila beregu veteran LZNK berjaya menafikan negeri Johor untuk terus mara. Tamat perlawanan, LZNK 3 – 2 Johor.

Babak separuh akhir memperlihatkan LZNK berdepan Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Sekali lagi, pasangan beregu LZNK berjaya menumpaskan pihak lawan dengan keputusan 3-2.

Impian LZNK untuk merangkul juara musnah apabila ditundukkan oleh pasukan daripada negeri Pahang. Pahang yang menjadi juara pada edisi lepas menunjukkan taring sewaktu diawal perlawanan lagi.

Tamat perlawanan, Pahang 3- 0 LZNK.

Apapun, tahniah buat pasukan LZNK yang menduduki tempat ke-2 pada edisi kali ini.