24 September 2017 – Sejumlah RM250,000 nilai bahan makanan telah disalurkan kepada semua pusat pemindahan sedia ada meliputi daerah kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang dan Pokok Sena.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, jumlah itu bagaimanapun dijangka akan bertambah mengikut keperluan semasa di pusat pemindahan.

…sehingga hari ini (24 September) kita telah agihkan bahan makanan seperti beras, gula, kopi, biskut kering, roti, sardin, teh dan meggi (makanan segera) manakala bagi keperluan sarapan pagi, kita telah juga menghantar 1,000 bungkus nasi berlauk setiap pagi di pusat pemindahan.

Beliau turut mengulas sejak peristiwa banjir yang melanda negeri Kedah ini, LZNK telah bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuklah dengan agensi Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM), penghulu dan badan-badan lain diseluruh daerah.

…kita telah bekerjasama dengan semua agensi kerajaan yang terlbat secara langsung mengenai banjir ini disebabkan kita perlu wujudkan penyelarasan bantuan dan ini perlu bagi mengelakkan pembaziran di sesuatu kawasan.

Sehingga 24 September 2017, pusat-pusat pemindahan banjir telah bertambah.