31 Ogos 2017 – Sejarah tercipta buat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) apabila pada tahun ini, LZNK menyertai perbarisan kawad kaki sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, LZNK sebelum ini pernah menyertai kawad kaki sebegini namun disebabkan beberapa kekangan tenaga dan masa, maka penglibatan ini dihentikan dan tahun ini, kita (LZNK) kembali beraksi abgi menunjukkan minat dan kecintaan kita kepada tanah air.

…tahun ini kita (LZNK) kembali menyertai kawad kaki dengan tema biru yang melambangkan perpaduan.

Skuad perbarisan LZNK diketuai oleh Ustaz Mohd Shafaril bin Muhamad Padi manakala En. Mohamad Alim bin Rapong selaku pemegang bendera dan EN. Marwan bin Alias selaku pemegang sepanduk.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi perarakan kawad kaki semepena Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2017:

Kerajaan
1. Pegawai Tadbir Negeri (KCS ) 96
2. Pejabat Daerah Langkawi 90
3. Sisa Pepejal 89
4. Jkr. 88

Badan Berkanun/Swasta
1. Majlis Daerah Sik 93
2. Majlis Daerah Kubang Pasu 92
3. LADA 91
4. Majlis Daerah Bandar Baru 87

Badan sukarela uniform
4. Sk Tengku laksamana markah 80
3. Kadet Polis Maktab Mahmud 81
2. Kadet Bersatu Darat St Michael 81
1. Kadet polis Tun Sharifah Rodziah 83

Kategori Badan Sukarela
4. Dewan Perhimpunan Cina 64
3. PMC 69
2. Persatuan Veteran Angkatan Tentera 73
1. Bekas 9 RAMD 81