Johor Bahru – Kejohanan Bola Sepak Piala BERKAT Edisi 2016 yang diadakan di Dataran Johor Bahru baru-baru ini mendapat penyertaan daripada hampir semua negeri termasuklah negeri Kedah Darul Aman.

Kejohanan kali ke-6 ini merupakan acara dwi tahunan yang menghimpunkan kesemua Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di seluruh Malaysia.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) tidak melepaskan peluang untuk menghantar sepasukan bola sepak ke kejohanan tersebut.

Pada pusingan awal, LZNK bertemu dengan pasukan dari negeri Pulau Pinang dan seterusnya bertemu pasukan dari negeri Pahang. Negeri Pulau Pinang terus mengguli tempat teratas seterusnya merangkul kejuaraan pada kali ini.

Syabas kepada semua yang telah bertungkus-lumus dalam usaha merangkul kejuaraan kejohanan pada tahun ini dan tahniah kepada LZNK.

 

news_bola_berkat3 news_bola_berkat4news_bola_berkat5