01 Disember – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi Indonesia ke negeri Kedah ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani bin Harun dalam ucapannya berkata, lawatan ini sangat bermakna buat LZNK kerana membuktikan nama LZNK bukan sahaja mendapat perhatian daripada organisasi dalam negara, bahkan juga luar negara.

Kami (LZNK) sentiasa mengalu-alukan lawatan sebegini. Alhamdulillah, LZNK tidak putus-putus menerima lawatan kerja baik dari dalam negara mahupun luar negara.

Ketua rombongan, Dr. A. Jajang W. Mahri yang juga Ketua Bahagian Kewangan dan Ekonomi Islam di Universiti Indonesia tiba di negeri Kedah pada 30 November lalu bersama-sama lima (5) ahli rombongan yang lain.

Ini merupakan kali pertama kami di sini dan kami sangat teruja untuk melihat pendekatan Lembaga Zakat Negeri Kedah bagaimana mereka ini menolong keluarga susah-susah di negeri mereka.

Delegasi ini turut dibawa melawat ke Pusat Haemodialisis dan Pusat Kemahiran Jahitan LZNK.

 

news_delegasi_indon2 news_delegasi_indon3