6 Disember 2016 – Syarikat pengeluar semikonduktor Malaysia, Silterra (M) Sdn. Bhd. hari ini memberikan ruang kepada para pekerjanya dalam membuat potongan zakat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui Jabatan Dakwah dan Kutipan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Kaunter pembayaran zakat ini telah dibuka bermula 5 Disember 2016 sehingga 7 Disember ini dan terbuka kepada semua kakitangan Silterra (M).
Pegawai daripada Jabatan Dakwah dan Kutipan LZNK, Mohd Suraidi bin Saad berkata, kilang ini merupakan antara yang paling konsisten dalam membuat potongan gaji secara bulanan ke atas para pekerja mereka saban tahun.
Silterra (M) yang dahulunya dikenal sebagai Wafer Technology ini telah menjadi satu syarikat yang paling konsisten dari segi pembayaran zakat para pekerjanya.
Selain kaunter kutipan zakat, LZNK turut bekerjasama dengan pejabat zakat cawangan Kulim dalam membeirkan pencerahan berhubung perihal zakat.
Semoga Silterra (M) Sdn. Bhd. terus berkembang maju di masa hadapan hasil keberkatan bayaran zakat yang dilaksanakan oleh pihak majikan mereka.