Kisah penderitaan pasangan yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya pada Mei lalu terus dibela apabila kakitangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini mengumumkan bantuan Makanan Bulanan di bawah asnaf Miskin akan diberikan kepada keluarga ini.

Zakaria Othman, 50, dan isterinya, Noraini Zakaria, 51, terlibat dengan kemalangan yang akhirnya menyebabkan mereka sekeluarga hilang punca pendapatan akibat tidak boleh berjalan.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani bin Harun ketika ditemui berkata, pihaknya kini akan membantu keluarga pasangan ini dalam meneruskan kehidupan mereka.

Setelah melihat segenap aspek, pihak kami (LZNK) meluluskan bantuan Makanan Bulanan kepada keluarga ini.

LZNK mendapati keluarga ini telah mendapat bantuan kewangan daripada pihak lain justeru meluluskan bantuan makanan ini.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Natipah bt Abu turut hadir bersama-sama LZNK bagi meringankan beban keluarga ini.

Zakaria Othman mempunyai empat (4) orang anak. Dua daripadanya sudah bekerja (lepasan SPM), seorang lagi anak mereka yang berada di tingkatan tiga (3) terpaksa berhenti sekolah akibat kekurangan wang perbelanjaan.

Selain itu, guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Nami serta cikgu Sahidan, selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Pedu turut hadir bagi membantu murid ini.

 

news_zakaria_excident_nami2 news_zakaria_excident_nami3