Kg. Banggol – Zuraidi Amir, 46, yang tinggal bersendirian di sebuah rumah daif mendapat perhatian pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Pengurus Perhubungan Awam LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat ketika ditemui berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu saudara Zuraidi.

Kami melahirkan rasa berterima kasih kepada Kak Pah (NGO) yang telah bersama-sama turun ke rumah saudara Zuraidi ini untuk bergotong-royong menyiapkan rumah beliau”.

Beliau turut mengulas kerjasama yang diperolehi telah membawa kepada persetujuan untuk menyiapkan rumah beliau.

Zakat Kedah hari ini menyerahkan bantuan sebanyak RM5,000 untuk menyiapkan lantai, tingkap dan pintu”.

Selain itu, pihaknya berkata Zakat Kedah turut memberikan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM450 bermula bulan hadapan.

Zuraidi Amir yang tidak bekerja turut menghidap penyakit kencing manis menyebabkan kaki kanan beliau dipotong sejak usia beliau mula mencecah 30-an.

Pergerakkan saya terbatas kerana bergantung kepada tongkat untuk berjalan”.

Terdahulu, tinjauan mendapati Zuraidi Amir tinggal disebuah rumah daif yang berlantaikan tanah sejak beliau belum menjadi OKU lagi. Pada waktu itu, beliau mengambil upah bekerja kampung selain turut menerima sumbangan daripada penduduk setempat untuk menyipakan rumah berkenaan.

Namun, semuanya tinggal harapan apabila beliau disahkan menghidap penyakit kencing manis kritikal dan perlu dipotong kakinya. Sejak daripada itu, beliau tinggal bersendirian dan segala keperluannya dibantu oleh rakan-rakan beliau yang masih disamping beliau.

Ibu yang menghidap penyakit kencing manis kronik yang membawa kepada gangguan penglihatan dan beliau dijaga oleh kakaknya”

Saya berterima kasih kepada Zakat Kedah yang mai (hadir) membantu saya walaupun saya tiada niat menyusahkan sesiapa”.