YAN, 29 MEI 2019 – Jabatan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tua Pondok Moden An Nahdzah, Bukit Besar Yan Kedah.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah dan hubangan silaturahim bersama 38 orang penghuni warga tua bersama warga kerja Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Tambahnya lagi, majlis ini merupakan julung kali diadakan di pondok tersebut sejak dibina oleh LZNK.

Selain itu, LZNK turut menyerahkan bantuan bebentuk Kit Bantuan Makanan kepada penghuni-penghuni tersebut.

Majlis yang bermula seawal jam 6.00 petang itu dimulakan dengan ucapan daripada Pengetua Pondok Moden An Nahdzah serta ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif LZNK dan disusuli dengan berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih.

Kemudian, diadakan tazkirah ringkas oleh Ustaz Abdul Hadi, Ketua Bahagian Dakwah dan Penyelidikan.

Turut hadir bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Agihan dan Pembangunan Asnaf, Ketua Bahagian Pendidikan dan Inovasi serta Pegawai Zakat Daerah dan kakitangan Pejabat Zakat Daerah Yan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”