YAN, 29 MEI 2019 – Salah satu daripada 8 asnaf yang berhak menerima zakat adalah asnaf fi sabilillah.

Sebahagian daripada skim bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah dibawah asnaf fi sabilillah adalah Bantuan Guru Agama, Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT, Bantuan Baikpulih Masjid dan berbagai-bagai lagi skim bantuan yang telah diwujudkan.

Terdahulu Pejabat Zakat Daerah Yan telah menyempurnakan penyerahan bantuan kepada 697 penerima.

Sebanyak 3 skim bantuan diadakan secara serentak iaitu Bantuan Guru Agama, Elaun Pegawai Masjid dan Saguhati Penolong Amil.

Dalam pada itu Pegawai Zakat daerah Yan, Kapten (B) Abdul Nasir berkata, semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat penerima yang berperanan menyampaikan risalah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. kepada ummah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”