SIK, 18 FEBRUARI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Sik baru-baru ini berkesempatan membuat satu penilaian permohonan bantuan baikpulih rumah dalam kariah Merbau Kudung.

Tinjauan tersebut telah dijalankan bersama penolong amil Merbau Kudung, Ustaz Ramli dengan tujuan menilai setiap sudut rumah mereka yang mengalami kerosakan untuk baikpulih semula.

Menurut wakil PZD Sik, bantuan baikpulih rumah tersebut adalah khusus untuk asnaf fakir miskin yang tinggal di rumah daif dan tidak selamat untuk diduduki.

Hal demikian, kerana kos baikpulih yang agak tinggi, keutamaan diberikan kepada asnaf yang amat memerlukan bantuan tersebut.

Selain itu, pelbagai aspek turut diambil kira dalam menilai permohonan. Namun, sekiranya rumah mereka masih selamat untuk diduduki, bantuan berbentuk kewangan akan dipertimbangkan bagi mengantikan permohonan bantuan baikpulih rumah tersebut.

Tambahnya lagi, lebih 13 buah rumah telah siap dibaikpulih sepenuhnya pada tahun 2018 dalam kariah merbau kudung dengan peruntukan hampir RM208,000.00.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf