SIK, 18 FEBRUARI 2019 – Masjid Qariah Hujung Bandar baru-baru ini telah menganjurkan satu majlis agihan bantuan zakat kepada 15 keluarga asnaf fakir miskin selepas solat isyak.

Selain itu, sebelum majlis agihan ini bermula, para penerima bantuan berpeluang mengikuti kuliah Isyak yang disampaikan oleh imam masjid Hujung Bandar, ustaz yusak.

Menurut penolong amil qariah, haji sobri program agihan zakat ini adalah menjadi aktiviti tetap rutin bulanan masjid hujung bandar.

Tambahnya lagi, setiap kali selepas solat jumaat, beliau akan sentiasa membuat hebahan kepada jemaah masjid sesiapa yang terputus bekalan makanan agar terus berjumpa dengannya.

Namun sekiranya masih mempunyai lebihan stok makanan, beliau akan menganjurkan majlis agihan berdasarkan fakir miskin yang berdaftar dengan masjid tersebut.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf