BALING, 12 MAC 2019 – Seramai 1444 penerima bantuan kewangan bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Daerah Baling telah selesai mengikuti Program Bancian Semula.

Program yang dilakukan selama 5 siri ini telah dibahagikan mengikut beberapa kawasan masjid-masjid yang berdekatan.

Program yang dijalankan oleh Pejabat Zakat Daerah Baling ini adalah bertujuan untuk memastikan para penerima mengisi borang dengan lengkap dan mengikut prosedur yang betul.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Baling, rata-rata penerima yang hadir di dalam majlis ini adalah merupakan penerima yang sudah menerima bantuan zakat sejak tahun 2018.

Dalam Setiap siri sebelum dimulakan penerangan  tatacara mengisi borang, seringkali para penerima diingatkan dalam sesi tazkirah agar mereka mengisi borang dengan betul dan jujur dalam setiap maklumat yang diberikan.

Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin berkata, wang yang diterima ini adalah wang untuk para asnaf yang tegolong dalam asnaf yang 8, jika penerima bantuan mengambil hak yang bukan milik mereka, sudah pasti kesan-kesan buruk yang akan diterima pada diri dan juga keluarga.

Dalam pada itu, Penerima yang hadir telah melalui satu proses yang diperkenalkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang dikenali sebagai Sistem Had Kifayah.

Sistem tersebut yang akan menentukan kadar yang selayakknya bagi pemohon untuk menerima bantuan zakat dengan kadar yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, PZD Baling juga dalam usaha mempertingkatkan penambahbaikkan dalam borang bantuan.

Setiap dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dikemukan oleh mereka supaya maklumat yang diberi oleh pemohon tepat dan telus. Ditambah dengan sokongan oleh Penolong Amil dan Imam masjid kariah masing-masing.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”