BALING, 14 MEI 2019 – Berikutan hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan dua keluarga daripada dua buah kampung di Daerah Baling terlibat dalam bencana ribut baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 5.30 petang itu telah menyebabkan sebuah pokok durian tumbang lalu menghempap bumbung rumah mangsa di Kampung Tanjung Luas, Iboi, Kupang.

Dalam kejadian yang sama juga kediaman Abu Hassan Abd Rahman, 61, di Kampung Lela Kuala Pegang turut mengalami kerosakan yang teruk apabila batang pokok kelapa tumbang lalu menghempap bunbung dapur dan ruang tamu rumah beliau.

Berikutan kejadian tersebut mereka sekeluarga terpaksa bermalam dan tidur hanya berbumbungkan awan pada malam itu.

Susulan daripada kejadian tersebut, Wakil pejabat zakat daerah baling , melalui penolong pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Mansor Musa bersama penolong amil kariah tampil bagi menziarahi sekaligus menghulurkan bantuan awal kepada mangsa-mangsa terlibat berupa kit bantuan makanan segera dan borang permohonan untuk tindakan bantuan susulan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” 
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”