KOTA SETAR, 14 MEI 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus (SMKAJ) serta Kariah Masjid Permatang Gunong, Alor Janggus telah menganjurkan aktiviti santuni asnaf bertempat di Kampung Sematang, Alor Janggus, Alor Setar.

Aktiviti ini diadakan adalah bersempena Program ‘SMK Alor Janggus Prihatin’ dalam Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN).

Seramai 9 keluarga asnaf yang telah diziarahi oleh para pelajar dan guru SMK Alor Janggus serta kakitangan PZD Kota Setar yang hadir memeriahkan program berkenaan.

Dalam ziarah berkenaan PZD Kota Setar turut menyerahkan Kit Bantuan Makanan Asas untuk setiap keluarga asnaf.

Pengetua SMK Alor Janggus merangkap pengarah program tersebut, Nor Azlin Ahmad, berkata, beliau ingin memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan khidmat masyarakat khususnya kepada komuniti setempat supaya pada masa hadapan mereka dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara”.

Selain itu beliau juga ingin melatih para pelajar untuk mengendalikan program atau acara supaya mereka menjadi pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan atau ‘multiskill’.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Hj Ahmad pula berkata “Aktiviti ini merupakan rentetan daripada program yang pernah dianjurkan sebelum ini bersama warga SMK Alor Janggus dan pihaknya berharap agar kerjasama ini dapat menjadi model perantisan bagi mendekatkan lagi institusi zakat itu sendiri dengan masyarakat setempat khususnya golongan asnaf”.

Tambahnya lagi, pihaknya amat mengalu-alukan jemputan daripada mana-mana institusi dalam Daerah Kota Setar bagi mengadakan program bersama LZNK khususnya berkenaan kutipan dan agihan zakat bagi merealisasikan aspirasi Ketua Pegawai Eksekutif LZNK tercapai”.

Imam Masjid Permatang Gunong, Ishak Aziz mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan terima kasih kepada SMK Alor Janggus, PZDKS dan semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program berkenaan dan berharap agar dapat menjadikan masjid sebagai ‘one stop centre’ bukan hanya sebagai tempat untuk beribadat, malahan menjadi pusat untuk sebarang aktiviti masyarakat.

Hadir sama dalam program tersebut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Alor Janggus, Dato’ Hj Hashim Jahaya, Klinik Kesihatan Alor Janggus, Bahagian Promosi Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Balai Polis Alor Janggus, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, serta warga SMK Alor Janggus.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” 
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”