YAN, 30 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pegawai Zakat Daerah Yan, Haji Logman Hussain, berkesempatan meluangkan masa hadir ke program Khidmat Masyarakat dan Penyampaian Sumbangan kepada asnaf fakir miskin yang terpilih di sekitar Daerah Yan.

Program yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) dengan kerjasama Pejabat Zakat Daerah Yan ini turut melibatkan beberapa orang guru serta pelajar tingkatan 3 sekolah tersebut.

Selain itu, seramai 20 orang asnaf fakir miskin yang terpilih di sekitar Daerah Yan turut hadir bagi menerima sumbangan berupa Kit bantuan makanan.

Menurut Haji Logman Hussain, program sebegini dianjurkan adalah bagi memupuk budaya kerjasama dan tolong menolong dalam kalangan pelajar sekolah.

Oleh itu, Pihak Zakat Daerah Yan berharap semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi sebagai program tahunan sekolah supaya budaya seperti ini dapat diterapkan dalam diri para pelajar.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf