KOTA SETAR, 30 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui pegawai zakat daerah Kota Setar, Ustaz Burhanuddin Hj Ahmad berkesempatan hadir bagi memenuhi jemputan dan menjayakan majlis graduasi yang meraikan seramai 104 orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong (SMKM).

Majlis yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kompleks Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) itu adalah bertujuan untuk menganugerahkan sijil graduasi kepada pelajar tingkatan lima sebagai mendorong kecemerlangan bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Menurut pegawai zakat daerah  Kota Setar, Burhanuddin Hj Ahmad, beliau berharap agar majlis yang dijalankan ini menjadi titik permulaan kepada para pelajar bagi meneruskan liku-liku kehidupan mendatang untuk bergelar insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Pejabat Zakat Daerah Kota Setar sentiasa mengalu-alukan jemputan program atau taklimat berkaitan zakat khususnya, mahupun penglibatan aktiviti bersama komuniti setempat sama ada dari organisasi, persatuan mahupun orang perseorangan dalam menyemarakkan dakwah berzakat di Daerah Kota Setar.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf