27 Mac 2017 – Sebanyak 29 buah masjid di daerah Langkawi menerima bantuan Pengurusan Masjid berjumlah RM145,000 daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

KeBawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku penaung institusi agama dan juga penaung Zakat Kedah telah berkenan untuk menyerahkan bantuan Pengurusan Masjid bagi seluruh daerah Langkawi berjumlah RM145,000 kepada Ustaz Ismail Bin Haji Md. Nor selaku pengerusi masjid Riyadzussolihin, Mukim Ayer Hangat, Langkawi.

Turut hadir, pengerusi LZNK, Y.B. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din yang juga merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Bantuan keseluruhan bagi bantuan ini bernilai RM2.9 juta yang melibatkan agihan kepada 586 buah masjid seluruh negeri Kedah.