26 Mac 2017 – KeBawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Negeri Kedah sudi mencemar duli bagi menerima zakat perniagaan Panorama Langkawi Sdn Bhd. bagi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini.

Kehadiran KDYMM ke Masjid Riyadussolihin, Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, Langkawi sebagai merasmikan masjid berkenaan.

Pengerusi Lembaga Zakat Kedah, Y.B. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din yang juga merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah turut hadir dan menyaksikan penyerahan zakat perniagaan bernilai RM4,181,741.95 daripada Ahli Lembaga Pengarah LTH, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin Amirludin.