POKOK SENA, 23 JULAI 2018 – Sementara itu, Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena melalui pegawainya, Ustaz Mohd Sani Harun berkesempatan turun padang bagi menziarahi mangsa yang terlibat dalam bencana alam di Daerah Pokok Sena.

Menurut Ustaz Sani, antara Kampung yang terlibat adalah Kampung Tuba, Kampung Nawa, Kampung Kuala Lanjut, Kampung Kedundung dan Kampung Telok Jamat.

Berikutan daripada kejadian tersebut, kebanyakkan mangsa telah disalurkan bantuan kewangan untuk membaiki kediaman mereka yang rosak, selain itu terdapat juga bantuan yang diberikan dalam bentuk perkhidmatan kontraktor membaiki rumah susulan kejadian ribut yang berlaku baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ustaz Sani berkata, rata-rata penduduk di Kampung Tuba  turut menzahirkan rasa syukur diatas usaha zakat Kedah secara amnya, dalam membantu meringankan beban mangsa bencana alam.

Turut sama dalam lawatan tersebut, ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmud, Ustaz Radhi Mat Din.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”