LANGKAWI, 23 JULAI 2018 – Usaha Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam menyantuni asnaf terus giat dijalankan dari masa ke semasa bagi tujuan supaya golongan itu tidak tercicir dalam menerima bantuan.

Sehubungan itu, Pejabat Zakat Daerah Langkawi bersama Pegawai Bahagian Siasatan dan Pegawai Daerah serta Penolong Amil khariah Ewa berkesempatan menziarahi sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Ewa Langkawi.

Menurut penolong amil, pasanagn suami isteri tersebut Talib Omar, 72 tahun dan isterinya hanya bekerja mengambil upah menoreh di kebun getah yang berhampiran dengan kediaman mereka.

Terdahulu, wakil Pejabat Zakat Daerah Langkawi telah menyerahkan Kit Bantuan Makanan asas kepada Talib sekeluarga. Dalam pada itu, wakil PZD Langkawi berkata, pihaknya akan mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya untuk disalurkan kepada keluarga Talib bagi meringankan beban mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”