SIK, 23 JULAI 2018 – Sementara itu, Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam berkesempatan mengadakan satu perjumpaan bersama 8 orang penolong amil bagi membincangkan soal berkaitan pengurusan bantuan zakat serta bantuan makanan di setiap masjid bagi daerah Sik.

Menurut Penolong Amil Kampung Lubuk Tualang, Ustaz Wahid berkata beliau amat menghargai usaha Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam melakukan pelbagai pembaharuan dan mewujudkan pelbagai jenis bantuan kepada penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai penoreh getah.

Dalam pada itu, menurut Ustaz Khairul Nizam seramai 21 orang penduduk di kariah Lubuk Tualang telah menerima bantuan bulanan. Manakala 60 set bekalan makanan juga telah diagihkan kepada asnaf miskin di dalam kariah tersebut sepanjang tahun 2018.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”