SIK, 24 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Sik telah menyerahkan 500 set pakaian seragam sekolah di beberapa buah sekolah daerah Sik, antaranya Sekolah Kebangsaan Sik, Sekolah Kebangsaan Sik Dalam, Sekolah Kebangsaan Seri Dusun, Sekolah Kebangsaan Chepir dan Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar.

Sebanyak 5 buah sekolah kebangsaan telah terpilih bagi menerima bantuan tersebut dimana setiap sekolah akan dibekalkan dengan 100 pasang pakaian seragam baru untuk diagihkan kepada para pelajar yang terdiri daripada keluarga asnaf miskin.

Jelaslah bahawa, bantuan ini dilihat sebagai usaha yang berbentuk ‘serampang dua mata’ dimana pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah berusaha terus membantu keluarga pelajar asnaf mendapatkan pakaian seragam sekolah disamping memberi sumber pendapatan kepada asnaf yang bekerja.

Dalam pada itu, rata-rata Guru Besar sekolah berkenaan turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada LZNK di atas sumbangan pakaian seragam sekolah tersebut demi meringankan beban para pelajar asnaf miskin di sekolah mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf