BALING, 24 OKTOBER 2018 – Kesusahan dan kesempitan hidup yang ditanggung oleh Rusli Osman, 49 tahun dan pasangan Ruziah Yahaya, 50 tahun mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Mereka yang tinggal di Kampung Charuk Bunting, Mukim Siong itu telah dikunjungi oleh wakil Pejabat Zakat Daerah Baling selepas memohon bantuan untuk membaikpulih rumah mereka yang uzur.

Menurut Rusli, beliau hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah manakala isterinya pula tidak bekerja dan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), Hal demikian membuatkan Rusli tidak mampu untuk menampung kos baikpulih rumahnya memandangkan pendapatan yang diperolehi beliau hanya cukup untuk makan dan minum seharian mereka sekeluarga.

Rentetan daripada itu, Pejabat Zakat Daerah Baling telah terpanggil untuk melihat sendiri dan meninjau keadaan mereka sekeluarga.

Menurut wakil Pejabat Zakat Daerah Baling, hasil siasatan mendapati rumah yang didiami oleh Rusli adalah rumah pusaka yang bersebelahan Bersama abang beliau, Walaubagaimana pun Zakat Kedah akan mempertimbangkan bantuan yang selayaknya untuk disalurkan kepada Rusli sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf