ALOR SETAR, 07 JANUARI 2020 – Baru-baru ini hampir seramai 50 orang pelajar telah mendaftar masuk ke Pondok Moden Zakat Kedah bertempat di Kompleks Pembangunan Asnaf Mergong, Kedah.

Mereka yang mendaftar masuk ke sesi persekolahan Pondok Moden tersebut bagi tahun 2020 merupakan daripada pelajar tingkatan 4 dan juga 6.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman, berkata permulaan penubuhan Pondok Moden tersebut, pihaknya menawarkan sebanyak 40 tempat untuk diisi oleh pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf bagi mengikut pendidikan di situ.

“Kita menggunakan peruntukan fisabilillah daripada bajet pendidikan bagi pembangunan kompleks pendidikan ini.

“Kita fokus kepada golongan asnaf dengan kos pendidikan ditanggung sepenuhnya oleh LZNK ” katanya.

Pada masa sama, Zakaria berkata LZNK mengeluarkan peruntukan besar bagi pembangunan pendidikan di negeri ini kerana melalui bidang itulah golongan asnaf mampu keluar dari kelompok kemiskinan mereka.

Pondok Moden Zakat Kedah telah mula beroperasi pada awal Mac 2018 lalu di bawah naungan Sahibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang, Mufti Kerajaan Negeri Kedah.

Pondok moden ini membawa motto “Melahirkan Ulama Rabbaniah yang berkepimpinan untuk Ummah Sejagat” sebagai pelapis keilmuan berasaskan turath di Negeri Kedah Darul Aman.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”