SIK, 06 JANUARI 2020 – Seramai 75 pelajar Tingkatan Satu memulakan sesi pengajian di sekolah zakat di Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim Cawangan Sik yang dibiayai penuh oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Istimewa kemasukan kali ini ialah 6 orang kemasukan anak-anak asnaf dari kalangan Orang Asal Suku Kensiu yang menetap di Ulu Legong, Baling.

Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK) Syeikh Zakaria Othman, berkata pelajar sekolah itu  terdiri daripada keluarga asnaf miskin dari seluruh Kedah dan dipilih melalui sesi temuduga yang dijalankan pada awal Disember lalu.

“Semua kos perbelanjaan termasuk yuran sekolah dan makan akan dibiayai penuh oleh LZNK. 

Katanya beberapa orang tenaga pengajar telah dilantik (LZNK) dan sukatan pelajarannya sama seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama lain.

Sementara itu, Syeikh Zakaria berkata istimewanya kemasukan kali ini, (LZNK) menerima pendaftaran daripada 6 pelajar orang asli daripada suku Kensiu di Legong Baling, satu-satunya suku Kensiu yang ada di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Tok Batin turut sama hadir pada hari pendaftaran, sebagai bukti sokongan dan dokongan penuh dengan membawa harapan seluruh Suku kaum Kensiu untuk melihat anak bangsa mereka menjadi intelektual dan membawa perubahan besar dalam masyarakat pada masa akan datang serta memberi pembakar semangat untuk anak-anak Kensiu yang lain bagi menjadi agen perubahan.

Sementara itu, salah seorang waris plejar tersebut, berkata dia gembira apabila anaknya dipilih untuk belajar di sekolah itu kerana memang bercadang untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah agama.

“Saya berharap anak saya,  akan belajar bersungguh-sungguh dan memanfaatkan peluang yang diperoleh ini sebaik mungkin memandangkan semua pembiayaan pembelajaran telah ditanggung oleh lembaga zakat,” katanya.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”