9 Januari 2017 – Kisah Inshah Sehak, 62, yang tinggal di Kampung Alor Ibus, Mukim Tebengau, kini terlantar koma sejak bulan November lalu terus mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Ahmad Hambali Mohd Puat serta kakitangan LZNK Cawangan Kota Setar, Hishamuddin Abd Hamid ketika ditemui berkata, Zakat Kedah akan menyalurkan bantuan secepat yang mungkin kepada Inshah Sehak.

…bantuan akan disalurkan seberapa segera yang mungkin bagi meringkan beban mereka dalam membeli barangan keperluan seperti susu khas serta lampin pakai buang (pampers dewasa).Inshah Sehak yang dahulunya menghidap penyakit darah tinggi terlantar koma setelah tergelincir di bilik air pada 4 November lalu.

Anaknya, Kamariah Mat Yusof, 32, yang kini menjaga ibunya yang koma berkata, kos perbelanjaan ibunya tinggi dan beliau tidak mampu menampung kos tersebut.

…suami saya hanya bekerja kontrak dan kalau ada kerja, ada lah duit.

Hasil siasatan terperinci mendapati rumah tersebut didiami seramai 7 orang termasuk ibunya yang koma, suami Kamariah, Wan Shafiqul Aiman Wan Abdullah, 28, kakaknya, Rohani Mat Yusof, 45, serta 3 orang anak beliau yang masih kecil, masing-masing berumur 5, 4, dan 7 bulan.

Akibat daripada kejadian tersebut, ibunya mengalami pendarahan di bahagian otak dan lumpuh.

 

news_kola-kedah_2