30 Disember 2016 – GITN Sdn. Bhd. yang merupakan pembekal rangkaian rasmi perkhidmatan atas talian untuk e-kerajaan hari ini menunaikan zakat perniagaan mereka kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi tahun kewangan berakhir 2016.

Wakilnya, XXX menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Ketua Eksekutif LZNK, Y.Bhg. Dato’ SYeikh Ghazali bin Haji Yaacob sambil disaksikan oleh XXXX.

Penyerahan tersebut sekaligus menjadikan GITN Sdn. Bhd. antara syarikat yang tidak pernah lewat dalam menunaikan zakat perniagaan mereka.

…kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada GITN atas pembayaran zakat perniagaan mereka. Semoga Allah membalasnya dan menggandakan kebaikan yang telah mereka lakukan. Semoga lebih ramai asnaf dibela.

news_gitn2